Selasa, 29 Jun 2021
Roti, Donut & kek? SIla call akak ni.
Ahad, 27 Jun 2021
Revival blog Where 2 Jengka
Hampir 5 tahun blog ini tidak dikemaskini. Itu semua adalah kekhilafan kami. Usaha membantu peniaga-peniaga dalam memberikan review dan iklan percuma harus diteruskan. Namun kami terima apa sahaja bentuk sumbangan jika diberi.
Sebenarnya ramai yang telah menelefon dan kadangkala ada kekeliruan yang menyangka kami pemilik perniagaan. Maknanya, ada yang melawati blog ini.
Blog ini sebenarnya adalah hasrat kami yang ingin memberi sedikit maklumat mengenai di mana tempat-tempat makan popular dan dimana tempat tinggal yang memberi tawaran terbaik kepada sesiapa sahaja yang melawat Bandar Jengka secara percuma.
Kami dengan krew-krew kami akan makan di sekitar bandar jengka (selepas PKP 3.0) dan sekitarnya untuk memberi review makanan dan memberi cadangan tempat mana yang harus dicuba. Review akan dilaporkan di ruang blog kami ini.
Akhir kata, selamat datang ke Jengka. Diharap pengalaman menarik dan indah anda semua disini akan menjadi satu viral yang baik.