Mengenai Kami

Salam kepada seluruh warga Jengka dan bakal-bakal pelawat ke Jengka.

Seperti semua sedia maklum, tahun 2016 akan menjadi tahun paling bertuah bagi Bandar Tun Abdul Razak Jengka atau secara ringkasnya bandar Jengka kerana akan berlaku kebanjiran pelawat-pelawat dari luar yang akan melawat Bandar jengka.

Sebab utama adalah kerana Bandar Jengka adalah Tuan Rumah bagi pasukan bolasepak Liga Super, FELDA United. Pasukan ini gah dengan stadium barunya iaitu Stadium Tun Abdul Razak (STAR).

Selain daripada itu, Jengka juga mempunyai pelbagai pusat pengajian yang mana, pelajar-pelajarnya sebahagiannya adalah daripada luar wilayah jengka. 

Oleh itu, Blog ini ingin memberi sedikit maklumat mengenai di mana tempat-tempat makan popular dan dimana tempat tinggal yang memberi tawaran terbaik.

Kami dengan krew-krew kami akan makan disekitar bandar jengka dan sekitarnya untuk memberi review makanan mana yang harus dicuba. Review akan dilaporkan di ruang blog kami (Jurnal Harian).

Akhir kata, selamat datang ke Jengka. Diharap pengalaman menarik dan indah anda semua disini akan menjadi satu viral yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan