Khamis, 14 April 2016

Kebab Sany

Terus terang kami katakan, crew kami bukanlah peminat kebab. Biasalah, rasanya yang amat streotype, ala2 rasa pasar malam. Tetapi bukan yang ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan Kebab paling sedap di Bandar Jengka, Kebab Sany.

Terdapat 3 pilihan Kebab. Tortilla kebab, Pita kebab dan Roti Kebab. Setiap kebabnya di sediakan sempurna dan rasa daging dan ayamnya amat menarik sekali. Mungkin jika ditanya apa yang boleh diperbaiki, mungkin kurangkan mayo dan sos supaya rasanya lebih naik lagi. 

Rata-rata semuanya memuaskan dan silalah datang untuk cuba. Terletak berhadapan kedai 1 Malaysia sebaris dengan U-mart.






Khamis, 7 April 2016

Laksa Pailang dan cendol Restoran Tasik Madura




Kepada peminat laksa, crew kami menjumpai laksa yang buat masa ini bagi kami terbaik dijengka.

Rasanya sangat hampir dengan laksa di utara. Berharga RM4.

Cendolnya jugak boleh tahan.

Terletak berhampiran dengan stesen minyak Petronas dan di Restoran Tasik Madura, gerai Laksa pailang ini sememangnya "Pailang".

Ahad, 13 Mac 2016

Nasi Ayam Penyek

Terletak berhampiran Terminal Jengka Sentral, Restoran ini menjadi kunjungan wajib peminat-peminat Ayam penyet di Jengka.

Hanya RM 5 termasuk segelas teh O ais ia adalah pakej harga yang menarik untuk pelajar.

Sambalnya cukup lazat dimakan bersama ayam, sup dan ulam yang kena dengan harganya.

Jika pengunjung ke bandar ini ingin mencuba, disertakan koordinate GPS restoran ini.

#jemput crew kami untuk mencuba makanan istimewa anda. Hubungi 0192364466

Khamis, 10 Mac 2016

Nasi Air Jungle Cafe

Post pertama kami sudah semestinya
Nasi Air terbaik di Jengka. Nasi Air Jungle Cafe ini boleh dinikmati di Jungle Cafe, berdekatan dengan UiTM Pahang.

Apa yang membuat kami begitu tertarik dengan Nasi Air ini adalah rasanya yang begitu lazat secukup rasa.

Terdapat dua variasi iaitu special dan standard. Special dihidangkan bersama sotong dan udang manakala yang standard tiada.

Kami cadangkan datanglah rasa sendiri.

Ahad, 21 Februari 2016

Selamat datang ke "where to Dine and stay at Jengka"

Salam kepada seluruh warga Jengka dan bakal-bakal pelawat ke Jengka.

Seperti semua sedia maklum, tahun 2016 akan menjadi tahun paling bertuah bagi Bandar Tun Abdul Razak Jengka atau secara ringkasnya bandar Jengka kerana akan berlaku kebanjiran pelawat-pelawat dari luar yang akan melawat Bandar jengka.

Sebab utama adalah kerana Bandar Jengka adalah Tuan Rumah bagi pasukan bolasepak Liga Super, FELDA United. Pasukan ini gah dengan stadium barunya iaitu Stadium Tun Abdul Razak (STAR).

Selain daripada itu, Jengka juga mempunyai pelbagai pusat pengajian yang mana, pelajar-pelajarnya sebahagiannya adalah daripada luar wilayah jengka. Senarai pusat-pusat pengajian di Jengka adalah seperti berikut: -
(Sumber Wikipedia)

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Pusat Jengka Campus
  • Pahang Technical Matriculation College
  • Kolej Sentral
  • Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Sekolah Maahad Tahfiz Sultan Haji Ahmad Shah
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Kolej Matrikulasi Pahang Cawangan Jengka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 12
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 21
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24
  • Sekolah Kebangsaan Jengka 24
  • Sekolah Kebangsaan Jengka 17
  • Sekolah Kebangsaan Jengka 7
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10
  • Sekolah-sekolah Pra-agama setiap Felda

Oleh itu, Blog ini ingin memberi sedikit maklumat mengenai di mana tempat-tempat makan popular dan dimana tempat tinggal yang memberi tawaran terbaik.

Akhir kata, selamat datang ke Jengka. Diharap pengalaman menarik dan indah anda semua disini akan menjadi satu viral yang baik.